Sinopsis:
Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang
seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang
peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia
mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi
sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini
bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam
telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi
Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk
mendekati Nani.
Dalam masa yang sama, Nico
mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus
kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun,
Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk
menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik.
Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali
menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam
babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.
Tunjang Utama filem ni...
Antara sedutan filem ni...(Aku pon tak tengok lagi)
Enjoy the movie...=)
No comments:
Post a Comment